Wednesday, January 25, 2012

Lelaki ditahan bantu siasatan kes ganggu ceramah ABU

Polis menahan seorang lelaki untuk membantu siasatan berhubung kejadian gangguan terhadap majlis ceramah pergerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Shah Alam, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob ketika dihubungi Malaysiakini tengahari ini, mengesahkan perkara tersebut.

Menurutnya, lelaki tersebut ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 148, Kanun Keseksaan. Seksyen berkaitan kesalahan membawa senjata dalam rusuhan.

Katanya, beliau akan mengadakan sidang akhbar di ibupejabat polis Shah Alam jam 4 petang ini mengenai perkembangan selanjutnya siasatan kes berkenaan.

Dalam kejadian pada 21 Januari lalu, ceramah ABU di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Shah Alam di Jalan Kebun itu, terpaksa ditunda selepas diganggu sekumpulan lelaki yang dilapor bersenjatakan kayu dan topi keledar.

Akibat serangan tersebut, seorang lelaki berusia 33 tahun mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital. Mangsa kini dilaporkan stabil dan masih trauma dengan kejadian tersebut.

Sementara itu, Sinar Harian Online melaporkan lelaki itu berusia lewat 20-an selepas dikenal pasti antara yang menimbulkan kekecohan.

Ia memetik ACP Zahedi sebagai berkata, pihaknya sedang mengenal pasti beberapa suspek lagi dan siasatan sudah mula dijalankan selepas kejadian tersebut berlaku.

“Tangkapan susulan akan dibuat selepas ini kerana dipercayai kekecohan ini ditimbulkan oleh beberapa individu yang dikenal pasti orang awam yang hadir,” katanya.

Beliau berkata, ceramah yang dianjurkan itu tidak dimaklumkan kepada pihaknya tetapi keadaan dapat dikawal selepas anggota polis tiba di tempat kejadian.

Zahedi juga menegaskan, tidak berlaku sebarang kerosakan di dalam atau luar dewan ketika kejadian termasuk dakwaan gerai yang dimusnahkan oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.

Menurutnya, empat laporan diterima selepas kejadian tersebut dan hasil daripada laporan, pihaknya mengambil tindakan dan membawa kepada penahanan seorang suspek untuk siasatan.

http://www.malaysiakini.com/news/187442

kenapa polis lambat bertindak?? kalau puak2 PR laju ja tangkapan di buat...

Umno harus ambil tanggungjawab ; serangan bersifat perkauman terhadap program ABU

Kenyataan Rasmi

22 Januari 2012

SAMM MENGUTUK SERANGAN GANAS BERSIFAT PERKAUMAN.

Asalkan Bukan Umno (ABU) ialah sentimen rakyat yang ingin melihat penyatuan perbagai 'force' dalam usaha menumbangkan Umno ke arah menyelamatkan negara. Ini penting kerana melihat kehancuran negara yang disebabkan Umno iaitu sebuah parti yang dicipta penjajah untuk mewarisi negara ini semakin tidak terbendung.

Sentimen ABU ini ialah sentimen rakyat namun baru - baru ini beberapa organisasi pertubuhan bukan kerajaan dengan kerjasama beberapa parti politik telah bergabung untuk memberi nafas baru kepada sentimen ini menjadi kempen kesedaran peringkat nasional. Pada 15 Disember lepas ABU telah dilancarkan di Taman Melewar, Gombak dengan menyaksikan pentas perasmian dikongsi oleh ahli politik, aktivis masyarakat, peniaga kecil, kontraktor, wakil orang asal, pekerja kilang dan wakil-wakil perbagai segmentasi masyarakat hadir menyampaikan ucapan.

Selepas itu program berteraskan ABU berterusan dalam perbagai pendekatan dalam skala kecil dan besar. Antaranya ialah pelancaran ABU Pulau Pinang pada 18 Januari 2012 di Permatang Damar Laut yang menyaksikan bukan sahaja lebih 1500 kehadiran dalam kawasan yang dikenali kubu Umno sebelum ini tetapi turut menyaksikan pengistiharan keluar beramai - ramai ahli Umno yang diketuai oleh bekas ketua cawangan Umno kawasan tersebut. Bukan itu sahaja pengedaran risalah ABU serta kemeja ABU mula menjadi trend anak muda.

Mungkin melihat kejayaan dan penerimaan makin meningkat maka Umno menjadi gusar.

Minggu lepas sekali lagi ABU menjadi perhatian apabila Hindraf secara rasmi menyatakan pendirian bersama dengan ABU. Hindraf berjanji akan bersama dengan sekutu - sekutu yang bersama sentimen ABU malah koordinator Kebangsaan hindraf w.Sambulinggam menyatakan hasrat ingin bersama PR bagi mengalahkan Umno/Bn dalam PRU akan datang.

Serentak dengan itu Hindraf mengusakan beberapa pentas program ABU di beberapa tempat.

Pada 21 Januari 2012 jam 9.00 mlm telah disusun program Ceramah Umum ABU yang menampilkan Hj. Mohd Sabu (Timbalan Presiden PAS), Peguam Haris Ibrahim (SABM), cheGuBard (SAMM) dan Sambulinggam (Hindraf) di Dewan MBSA seksyen 30, Jalan Kebun,Shah Alam.

Kira - kira 8.45 malam, orang ramai memasuki dewan, kebetulan dengan waktu Isya yang lewat maka kehadiran awal ialah majoriti bukan Islam. Kira - kira 9.00 mlm semua penceramah sampai dan mula duduk diatas pentas. Serentak dengan itu datang kira - kira 20 orang pemuda menjerit perbagai cacian dan makian yang dilihat secara sengaja ditujukan kepada hadirin India. Malah ada yang membawa masuk motorsikal ke dalam dewan. Mereka bersenjatakan topi keledar dan kayu terus memukul beberapa tetamu yang hadir. Peralatan P.A dan projektor juga ada dirosakkan. Beberapa orang cedera, namun mereka tidak mahu ke hospital kecuali seorang pemuda berbangsa India terpaksa dikejarkan ke hospital kerana hampir pengsan dipukul.

Di luar dewan pula sebahagian dari kumpulan ini dengan senjata telah mengugut dengan menjerit kepada peniaga yang datang berniaga kerana program tersebut agar menutup perniagaan. Ada gerai yang menjual makanan ringan mengalamai kerugian apabila gerainya disepak dan barang makanan yang dijualnya berterabur di tanah.

Petugas dengan beberapa hadirin yang kebutulan ada yang baru datang berjaya menenangkan keadaan. Kumpulan pemuda - pemuda tersebut berundur ke seberang jalan mengadap dewan. Ketika kira kira 4-5 orang ganggota polis datang, jumlahnya mereka bertambah ramai begitu juga penyokong dan hadirin yang ingin hadir bersama ceramah ABU. Keadaan mula tegang, polis dilihat tidak mampu berbuat apa-apa.

Kira - kira jam 10.00 mlm penganjur memutuskan untuk menangguhkan program tersebut kerana bimbang soal keselamatan dan mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.

Jelas serangan tersebut ditujukan kepada hadirin bukan Melayu khususnya India, dalam taklimat sebelum bersurai cheGuBard meminta agar kawan - kawan Melayu agar dapat memastikan kawan-kawan berbangsa India dapat di iring ke kenderaan dan selamat keluar dari kawasan kerana di keliling dewan pemuda - pemuda ada yang bersenjata bertambah ramai menjerit jerit ugutan perkauman.

Ada orang tempatan yang mengenai penyerang tersebut dengan orang kuat Umno, malah dari pakaian (ada berlogo Umno), aksi dan jeritan mereka yang menghalau orang India keluar kerana ini kawasan Melayu kubu Umno jelas menunjukkan serangan tersebut harus dipertanggungjawabkan kepada Umno. Mereka sedang mencipta pergaduhan kaum, mujur yang hadir tenang dan bertindak bijak.

Kejadian malam tadi membuktikan sikap sebenar Umno dan hipokrasi kempen 1 Malaysia. Adakah orang India sudah tidak selamat berada dikawasan ramai penyokong Umno ? satu lagi paku telah diketuk untuk menyiapkan keranda Umno menjelang PRU akan datang.

Umno harus dipertanggungjawabkan dalam kejadian serangan fizikal, ganas dan bersifat perkauman ini. PDRM dituntut bertindak profesional gambar rakaman semua tersedia dan diserahkan bersama dengan laporan yang dibuat penganjur.

Kejadian ini sama sekali tidak melemahkan. Malah semua rakyat dijemput untuk hadir ke

Pelancaran ABU Negeri Sembilan
28 Januari 2012, 9.00 malam
Taman Seremban Selatan.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
22 Jan 2012
2.08 pagi

Politik perkauman akhiri zamannya

25 Jan 2012
Tidak syak lagi bahawa generasi baru, malah sesetengah generasi lama juga, telah dengan jelas menolak politik perkauman. Dengan itu parti politik yang berasaskan kaum, atau tebal dengan perkauman sedang menghadapi zaman gelapnya.

Dengan itu, tidak mungkin lagi politik perkauman akan terus mendominasi iklim politik di Malaysia, justru golongan yang mendukung politik perkauman semakin merosot dan terus merosot.

DAP yang sejak puluhan tahun digambarkan oleh musuh politiknya sebagai parti perkauman Cina, kini berusaha keras memulihkan imejnya sebagai parti politik untuk semua kaum di Malayia. Usahanya itu sebanyak sedikit menampakkan hasil di mana sudah ada tokoh-tokoh Melayu yang menyertainya.

Keterlibatan tokoh Melayu itu mampu menonjolkan kesungguhan DAP untuk dilihat secara praktikal sebagai parti bukan perkauman. Tokoh terkini Melayu dalam DAP yang mula mengukir nama ialah seperti Zairil Khir Johari (anak Tan Sri Khir Johari), Prof. Arifin Omar, Mohd Arif Sabri seorang blogger yang terkenal dengan nama samaran Sokmongkol AK 47, bekas Presiden Kesatuan Wartawan Malaysia (NUJ), Hatta Wahari dan mungkin ramai lagi yang sudah memasang niat untuk bersama DAP.

Ramai yakin untuk memastikan Melayu dilihat ada tempat dalam DAP, mereka akan diberi kedudukan tertentu untuk ditonjolkan sebagai tokoh Melayu dalam DAP.

Kalangan yang menyertai DAP ini sudah tentu mempunyai persepsi yang sama bahawa masa depan politik Malaysia bukanlah politik perkauman. Justru mereka melihat Pakatan Rakyat – di mana terdiri dari PAS, DAP dan PKR – mempunyai potensi yang sangat baik.

Menurut Dr. Mujahid Yusof Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar, merangkap Pengerusi Perpaduan Nasional PAS dalam tulisannya di Merdeka Review baru-baru ini, bahawa usaha ‘mesra Melayu’ oleh DAP menjadi mudah apabila ia menjadi parti yang memerintah di Pulau Pinang.

Kata beliau, DAP menzahirkan hasratnya itu melalui dasar berkebajikan kerajaan negeri di mana golongan yang paling bermanfaat dalam dasar ini ialah orang Melayu selain daripada bangsa lain.

“Pengagihan ini memperlihatkan betapa DAP bukanlah hendak meminggir orang Melayu atau mendiskriminasikan mereka di Pulau Pinang, malah penonjolan Lim Guan Eng yang lebih memahami kehendak Islam berbanding dengan Ketua-Ketua Menteri sebelum ini pada kadar tertentu, telah mencairkan chauvanisme DAP. Jadi Ketua Menteri Pulau Pinang itu sendiri adalah satu alat taktikal yang paling efektif untuk DAP menggerakkan strategi 'mesra Melayunya'," kata Mujahid.

Semuanya ini adalah perkembangan yang sangat menarik sedang berlaku dalam dalam politik kepartian di Malaysia. Bagi aktivis dan pemerhati politik seperti Dr. Mujahid, perkembangan ini menandakan nafas-nafas akhir politik perkauman yang mencengkam politik Malaysia selama ini. Suatu masa nanti, katanya, parti politik Malaysia tidak boleh lagi dikenali dengan pola perkaumannya kerana mereka sudah membebaskan diri dari pengenalan itu.

Yang menjadi persoalan nanti, kata beliau, ialah apakah dasar yang diutarakan kepada rakyat, mana-mana parti yang lebih menarik dasarya itulah yang menjadi pilihan rakyat. Begitu juga ketokohan peribadi ahli politik sebagai ikon yang disukai ramai akan menjadi trend politik kepartian di masa depan.

Sehingga semua itu terlaksana, yang penting ialah prosesnya yang sedang bermula dengan kadar yang sungguh laju.

Pada pendapat saya, PAS sendiri, sebagai parti bukan perkauman yang memperjuangkan dan berusaha menterjemahkan kesyumulan Islam, ia mempunyai kemampuan untuk menarik perhatian lebih ramai bukan saja golongan generasi baru, bahkan juga generasi lama dari pelbagai kaum dan agama.

PAS sendiri ternyata sentiasa hidup di tengah-tengah suasna terkini seperti yang berlaku dalam PRU Ke-12 yang lalu di mana pengundi, terdiri pelbagai bangsa dan agama telah menyokongnya. Di kawasan yang banyak pengundi bukan Melayu seperti di Kota Raja, Selangor di mana calon PAS, Dr. Maria Mahmod telah mencapai kemenangan besar.

Begitu juga di kawasan Kuala Selangor keadaan yang serupa berlaku di mana calon PAS, Dr. Dzulkifly Ahmad juga telah berjaya.

Kawasan lain yang mempunyai ramai pengundi bukan Melayu seperti di dua Dun di Muar, di Pulau Pinang, Perak dan lain-lain, calon PAS juga menang cemerlang.

Hasil tahalluf-Siasi yang dijalin oleh PAS bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, menyebabkan pemngundi bukan Melayu kebanyakannya telah memberi sokongan kepada calon Pakatan, khususnya dari PAS. Ini membuktikan bahawa tasawuur Islam yang dibawa oleh PAS telah diterima oleh pelbagai pihak, khususnya bukan Islam.

Inilah manfaat paling ketara hasil jalinan hubungan PAS dengan pelbagai parti, di mana selama ini, Islam kelihatannya tinggal di masjid dan surau saja.

Saya yakin, dengan sifat Islam yang menolak perkauman, dikriminasi kaum dan seumpamanya, generasi baru, bahkan generasi lama, akan terus menerima PAS dalam PRU Ke-13 akan datang.

Saya berkongsi pandangan dengan Dr. Mujahid seterusnya bahawa yang menjadi persoalan nanti, ialah apakah dasar yang akan diutarakan kepada rakyat, mana-mana parti yang lebih menarik dasarya itulah yang menjadi pilihan rakyat, bukan diukur dari sudut kaum dan sebagainya.

Oleh itu, suatu hal yang amat penting difikirkan oleh Pakatan, khususnya PAS, ialah persoalan ketokohan peribadi ahli politiknya sebagai ikon yang disukai ramai, yang akan menjadi trend politik kepartian di masa depan.

Generasi baru, boleh jadi juga generasi lama, akan melihat siapakah para tokoh yang akan dicalonkan. Kewibawaan, ilmu, keteramplilan dan latar belakang, serta rekod perkhidmatan seseorang calon akan menjadi ukuran penting kepada pengundi. Dengan itu Pakatan Rayat, khususnya PAS, mestilah menyediakan calon bermutu tinggi, yang mempunyai ciri-ciri seperti yang diebutkan.

Namun, saya percaya, PAS tidak kurang dengan tokoh berwibawa dari pelbagai lapangan, justru ia adalah gabungan antara ulama dan professional, yang menjadi harta kekal PAS sendiri.

Mengukur dari trend politik yang ada sekarang, PRU Ke-13 nanti sangat critical sifatnya. Ini kerana pengundi tradisional yang selama ini terbiasa dengan memilih berdasarkan kaum dan suku sakat mereka akan mengakhiri zamannya.

Inilah sebuah perubahan yang akan dihadapi oleh semua parti politik.

Dengan itu, hanya parti politik yang bukan perkauman, diyakini mampu membela rakyat, mampu membawa keadilan dan demokrasi akan menjadi pilihan rakyat.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/abdul-shukur-harun/7737-politik-perkauman-akhiri-zamannya

Friday, January 20, 2012

Kapal RM6b: Pakatan semak kembali dokumen

http://www.youtube.com/watch?v=NBXspu-ynhc&noredirect=1

Adakah sekat royalti prinsip wasatiyyah Umno?

Harakahdaily,
20 Jan 2012
KUALA LUMPUR, 20 Jan: Umno diseru agar tidak mencemarkan kefahaman kesederhanaan di dalam Islam dengan perlaksanaan yang songsang.



Konsep kesederhanaan di dalam Islam adalah satu prinsip yang mulia dan ianya tidak boleh dieksploitasikan mengikut kehendak pemerintah.

Demikian tegas Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din sebagai mengulas perkembangan terkini yang seolah-olah Umno BN memperjuangkan dan menjuarai prinsip kesederhanaan (wasatiyyah) dalam Islam.

Menurut beliau, Umno jangan hanya pandai bercakap tetapi perlaksanaannya jauh berbeza daripada apa yang diungkapkan oleh mereka bahkan bertentangan sama sekali.

“Kita ingin bertanya kepada Umno yang memerintah negara ini, adakah menyekat royalti Kelantan juga termasuk dalam ajaran kesederhanaan Umno?” soalnya.

Beliau juga mempersoalkan adakah menarik semula royalti kerajaan negeri Terengganu sewaktu ianya diperintah oleh PAS juga satu ajaran kesederhanaan dalam Umno sedangkan kedua-dua negeri itu ditadbir dua orang Tok Guru yang amat disegani.

Katanya, adakah mengenakan kekangan kebebasan juga adalah ajaran wasatiyyah Umno dan adakah tidak mendengar dan tidak bertindak terhadap rungutan rakyat berkenaan ketelusan pentadbiran juga termasuk dalam ajaran kesederhanaan Umno.

“Kalau inilah yang maksudkan dengan ajaran kesederhanaan dalam Umno, kita bimbang persepsi masyarakat bukan Islam terhadap Islam akan tercemar dan orang Islam sendiri akan keliru,” tegas beliau.

Beliau yakin dan percaya bahawa seluruh rakyat Malaysia telah sedar bahawa itu adalah tipu daya Umno untuk meraih sokongan rakyat Malaysia ketika parti itu sedang bertarung dengan ‘nyawanya’ sekarang menjelang pilihanraya PRU yang akan datang.

“Kita berharap Umno tidak termasuk di dalam ungkapan kalimatul haq turodu biha al-batil” yang bermaksud kata-kata yang benar tetapi disebaliknya terselindung kebatilan dan kejahatan," ulas beliau lagi.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7690-adakah-sekat-royalti-prinsip-wasatiyyah-umno